Those were the days.
Pada hari itu, kamera digital masih lagi belum cukup power megapixelnya. Maka kamera konvensional berfilem 36 keping ISO 400 yang digunakan oleh jurugambar majlis perkahwinan kami. Photog di Tumpat ada membawa kamera digital, hanya sebagai backup kalau-kalau dia nak amik shot pantas. Di Tumpat kami tempah 72 keping gambar. Depa tangkap, cuci, lekat dalam album berpelekat dan berlapik plastik. Dengan itu, takdenya jurugambar tu nak suruh kami lompat dengan gaun pengantin lepas majlis, mau membazir 5-6 shot begitu sahaja.
Jurugambar di Tumpat adalah seorang lelaki dewasa adik kepada jurumekap merangkap juruandam, juruhias pelamin dan juruhias bilik pengantin. Beliau berpengalaman mengambil gambar pengantin dan bolehlah memberi beberapa arahan untuk beberapa shot-shot di atas pelamin yang sekali dua menyebabkan makcik-makcik rombongan majlis tidak berapa bekenan dan memberi pandangan yang berbeza. Arahan seperti tangan nak letak mana, pinggan nak kona mana, muka kena senyum ke serius macam Sidi Oraza, dan kepala kena lentok sikit ke tegak. Dengan berpakaian pink seragam, sesi fotografi adalah tak sampai 30 minit. Semua setel dan boleh makan tengahari di hidangan meja pengantin.
Kalau dilihat balik album itu, shot jurugambar di Tumpat paling cool tak patut ialah gambar di meja pengantin. Bukan kek, bukan nasi, bukan lauk yang disuap dengan sudu, tapi air sirap dalam gelas kaca kaler amber yang disuap ke pengantin perempuan dengan cara backhand. Peh. Hahah.
Oh ya, hari 21 Ogos adalah hari paling lega untuk kami. Bukan sahaja sebab kami setel menikah malam sebelumnya, tetapi Ezi juga berjaya mendapatkan lesen memandu P pada pagi hari tersebut.
"Ketika inai masih merah dijarinya, stereng dipulas kemas membuat parking sambil mengerling pengawai pemeriksa JPJ"
Those were the days.
2 yang gigih nak bagi komen:
ala.. ingat ada gambar nak kasi tengok kt sini..
^ayen^
Nak gambar, datang umah belek album.
Catat Ulasan